Latihan Membuat Penanda Buku
14 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2019 yang lalu, kami telah mengadakan aktiviti membuat petanda buku. Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah menyertai aktiviti ini yang bermula pada pukul 3.30 petang sehingga 5.30 petang.
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana membuat penanda buku menggunakan Microsoft Word. Para peserta juga telah diajar bagaimana mencari maklumat dan gambar di internet untuk diletakkan pada penanda buku yang dibuat. Para peserta menghias penanda buku mereka mengikut kreativiti masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: